Friday, June 24, 2011

Sekian lama

Asalamualaikum dan hai semua!






Wah! Sudah sekian lama ana tidak mengupdate blog, rasa segan pula ingin mempost enteri baru. Hehe. Namun untuk memuaskan peminat blog ana, ana memberanikan diri untuk mempost enteri baru. Sekian, terima kasih. Puas? Haha.































Oit! Ada lagilah bawah sini! Scroll-down!

Berita terkini? Hmpph. Bagi mereka yang masih belum mengetahui, ana sudah melanjutkan pelajaran di IPTA - UTM International Campus, Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Bersebelahan dengan PULAPOL(Pusat Latihan Polis) serta cendol Jalan Padang Tembak. Bolehlah mula menghantar surat atau kad raya kepada ana ye. Haha














Ana sudah berada di sini lebih dari tiga minggu dan sepanjang ana berada di sini, semuanya baik-baik belaka. Kehidupan di kampus, aktiviti-aktiviti yang terdapat di sini, serta kawan-kawan baru yang best membuat hari-hari ana di sini ceria dan mengasyikkan. Namun, di sudut hati ana, perasaan rindu pada yang lama masih ada, serta yang tercintas. Rindu~

*Lap pipi*

Seterusnya, kos yang ana ambil adalah kos Diploma Kejuruteraan Mekanikal - DDPJ. Ana akan menduduki kos ini selama 6 semester bersamaan dengan 3 tahun/36 bulan/1095 hari/26280 jam/1576800 minit. Seperti anda tahu, Diploma mengambil masa lebih lama untuk habis berbanding matrikulasi atau asasi dan STPM, tapi siapa nak kira masa sebegitu lama (1539870 minit sebelum graduasi!)





Mengapa ambil Diploma? Herm. Memula sekali ana berfikir untuk memasuki kolej matrikulasi di Melaka. Namun apabila difikirkan semula, ana akan mengambil risiko yang tinggi dengan memasuki matrikulasi kerana peluang mendapat kos yang dikehendaki adalah tipis. Ana perlu mendapat 4 plat untuk menjamin kos yang dikehendaki. Ini kerana pelajar pelepasan matrikulasi, asasi dan diploma akan bersaing untuk mendapat tempat di IPTA atau IPTS bagi menyambung Degree. Selain itu, jikalau ana sudah habis diploma, ana boleh sambung kerja untuk membiayai pelajaran ana untuk degree- jikalau tidak mendapat tajaan. Tambahan juga, Universiti Teknologi Malaysia merupakan salah satu universiti terbaik di Malaysia, terutamanya dalam bidang kejuruteraan. Akhir sekali, sebab yang jelas ana memilih diploma adalah kerana ana tahu kemampuan diri ana sendiri. Ana ini pemalas dan tidak suka dipaksa atau diasak untuk belajar. Ini pilihan ana.





Tak boleh pendekkan lagi ke masa pengajian ana? Boleh! UTM IC juga terdapat program fast-track untuk pelajar-pelajar cemerlang. Program ini memendekkan masa pengajian dan dapat terus memasuki Degree setelah habis semester. Bagi pelajar yang mengambil kos Diploma Teknologi Komputer, dengan CGPA yang baik selama 2 semester/1 tahun, mereka boleh sambung degree terus di UTM Sekudai atau mana-mana IPTA. Manakala bagi kos-kos lain, masa pengajian disingkatkan kepada 5 semester sahaja bersamaan dengan 2 tahun setengah. Namun untuk mendapat program ini, keputusan haruslah cemerlang dan untuk pengetahuan, beberapa program fast-track tidak akan menganugerahkan sijil Diploma-perbetulkan jikalau ana salah.





Kelebihan UTM International Campus? Ianya terletak di kotaraya Kuala Lumpur! Haha. Merupakan cawagan kepada UTM Sekudai, Johor. Sambil belajar di universiti tempatan, anda boleh bergaul dengan pelajar-pelajar dari luar negara yang mengambil master dan PhD-itupun jikalau anda ada topik nak bercakap dengan mereka. Haha. Seperti ana beritahu tadi, UTM merupakan universiti termahsyur dengan kedudukan kedua universiti terbaik di Malaysia. Selain itu, mahasiswa Diploma UTM mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk memasuki ke UTM Sekudai dengan CGPA mereka. UTM juga menawarkan pelajar diploma mereka masa pengajian yang lebih pendek bagi pengajian Degree, mengikut kelas graduasi Diploma. Infrastruktur mungkin kelihatan lama, namun fasiliti mereka sentiasa di pertingkatkan. Namun, waspada kepada kejutan budaya, walau di mana jua IPTA atau IPTS anda masuki, tetapkan pendirian anda serta perbetulkan niat. InsyaAllah, Allah membuka jalan bagi mereka yang berniat baik dan berusaha.













Enteri baru dah hendak beri ceramah. Haih. Haha. Itu sahaja daripada ana. Maaf jikalau enteri kali ini tidak seseronok enteri-enteri sebelum ini(enteri sebelum mana ada seronok pun). Segala salah silap kelemahan ana sendiri. Yang terbaik hanyalah dari Allah. Sekian, terima kasih..










*Pengunaan gaya bahasa baru, 'ana'. Cubaan ;')