Friday, January 27, 2012

Y U NO!?


Assalammualaikum!

Y ME NO UPDATE? Hehe. Me no good in doing these blogging stuff. Addition to that, there is nothing much interesting about me, going on, past and future. Going thru the same thing as everyone else, but with a different plot.

Yesterday! All my troubles seems so far away~ Me go out with Ashraf and Hilmi! Oh Yesterday~ Was amazingly, awesome. Not only we played bowling at our most convenient mall (Warta), but I also had a little reunion with my primary friends Azhar, Aizat and Fahim at McDonalds. McDonald's truly reuniting people. You probably would'nt know them even if i continue the conversation. Main event!

That night while i was on the net, and little Mr. Syakir wanted to play with the keyboard. He thought he was doing something when he press the keys and they'll pop up on the screen. As usual a good uncle ;) let his nephew play along. Suddenly! All i know my computer search tap went nuts. It kept searching for file 88tyu8. I was like "Oh My God! Im being hack! WTF! Unplug the modem! Disconnect! Disconnect! DISCONNECT!". *disconnect* Safe! I thought. I tried typing in the search tap and bam! Some alien words came out. "Oh NOOO! Its in the system! *#$^!" Unplug the socket from the plug. "Goodbye PC." Off to bed. Skip to the point, actually my keyboard was broken. Now im using this-



It sounds like a typewriter.

One letter per a time. The agony! The agony of reading this much intense. Sorry for any unsatisfactions and thank you for your time. Asalamualaikum!



*The keyboard can be located in file 'accessories' in 'Start'

Monday, January 9, 2012

Masih hidup

Assalammualaikum semua!

Ho ha! Ho ha! Saya masih hidup! :) Sahaja nak update blog. Sudah sekian lama makhluk ni tak mengpost enteri baru.

Alhamdulillah saya sihat semua (siapa tanya?). Hehe. Namun, hidup di dunia ini seperti biasa bukan hakiki, ada masa kita rasa bagaikan berada di atas awan-awangan yang indah, dan adakala kita rasa bagaikan lupuh di atas 'pantas pasir'. Namun haruslah kita ingat, selepas hujan pasti ada sinaran matahari. Ataupun boleh juga hujan berterusan selama 40 hari. Allahhuakbar. Lagnat Allah, nauzubillah. Meskipun begitu, haruslah kita bersabar menghadapinya. InsyaAllah, pasti ada ganjaran kepada mereka yang berbuat baik dan bersabar. Tawakkal kepada Allah.

Saya bukan menasihat kalian yang membaca sahaja, tetapi saya turut menasihati diri yang lemah ini. InsyaAllah, kita sentiasa menyebut nama Allah, sebagaimana kita menyebut nama kekasih kita. InsyaAllah. Assalammualaikum.



Never Seen Anyone like you

Tuesday, September 27, 2011

Sedekad

Sudah sepuluh tahun berlalu, dan dalam masa yang singkat itu telah banyak perubahan yang berlaku pada diriku. Orang datang dan pergi, namun engkau telah pergi buat selama-lamanya. Aku sedar akan perubahan sekelilingku, namun aku tak dapat atasinya sendiri. Jikalau engkau berada disini, mungkin, mungkin ianya tak sesukar ini.

Aku tidak mengenali dirimu seperti orang lain dan ada sebahagian dari mereka berkata kepadaku, aku seiris wajahmu. Kadangkala, kata-kata mereka bermain di mindaku ketika melihat diriku terpapar di cermin dan meningatimu.

Setiapkali ku menjejak kaki ke tanah itu, aku memperingati peristiwa yang berlaku pada hari ini, sepuluh tahun yang lalu. Malam yang sungguh gelap buat hati kecilku, melihat jasadmu yang dibalut dengan kain putih diiring ke lubang yang tiada kepulangan itu. Tangisan takkan mengambilkanmu. Namun tangisan itu membuat aku kuat dan sedar bahawa tiada apa yang harus ditangisi selepas ini, kecuali berhadapan dengan Ilahi terutamanya dalam keadaan aku ini. Aku juga tahu, ini adalah cubaan dariNya dan terdapat ramai lagi diluar sana yang mungkin mengenali perasaanku ini. Al-Fatihah buat mereka yang tersayang.

Asalamualaikum..



Allah lebih mencintaimu, 27/9/2001

Saturday, August 13, 2011

Sekian Lama





Asalamualaikum dan salam sejahtera semua!


Hehe. Segan! Segan! Segan nak post enteri baru. Sering kali berkata ingin mengupdate blog, namun jasad sungguh berat untuk melaksanakannya. Namun akhirnye tergerak juga hati ini untuk menaip enteri baru. Tahniah! buat diri sendiri. Hehe.

Baiklah! Enteri kali ini adalah mengenai perjalanan pulangnya kami, Zhafir, Rasyid, saya dan bonda ke Kuala Berang, Terengganu babe! Bertarikh 29 Julai, kami bertolak dari kawasan Kediaman Siswa Jaya UTM selepas menunaikan solat Jumaat.

Selepas tol Gombak, mama mengambil alih untuk memandu kereta sepanjang lebuhraya Karak. Kata mama, aku masih tak cukup pengalaman untuk memandu di lebuhraya tersebut. Mungkin nanti sesuatu tidak diingin terjadi di lebuhraya Karak? Siapa yang tahu?

OK! Bosan bercerita dan anda juga turut bosan nak membaca panjang lebar jadi kita terus ke gambar-gambar yang telah diambil. Peringkatan! Jikalau anda tak suka, tekan 'close'! Jika anda rasa bosan, tekan 'close'! Jika anda dah muak, berginilah caranya, kalau anda dah muak tekan 'close'! :)





Sepanjang lebuhraya Karak, dua-dua ni masih berjaga, cuma Zhafir je yang dah nak terlena distu. Tiba-tiba terima mesej en, naik balik mood dia. Hehe. Rasyid tetap tenang membaca harakah.

Selepas tol Karak, kami buat pertukaran driver sekali lagi. Kali ini SAYA! akan memandu sampai ke Kuantan. Pakai Tali pinggan betul-betul. Muahahaha!





Zhafir bershuffle dengan gembira di sisi lebuhraya, tidak sabar akan menjejak ke Kuala Berang untuk bertemu dengan rakan-rakan yang lain agaknya. Rasyid juga sudah segan bersama kita orang berdua di situ. Hehe. Pengguna lebuhraya melihat kami seperti orang kampung baru keluar dari dusun, tak pernah melihat jalan raya. Huhu.





Ketika ini, kami sudah tiba di ex.Kuantan. Kami berhenti seketika untuk mendapat alamat halatuju ke rumah Ayah Ziz, di mana kami akan menginap untuk semalaman. Serta, gal-bladder gua sudah mahu pecah! Jadi saya perlu urinasasi ke dalam lubang jamban berdekatan.

Sejurus sahaja sampai rumah Amir, kami di sambut 'BAIK PUNYA' oleh anjing jiran sebelah. Ketika membuka pintu pemandu, anjing tu sudah depan muka gua. Menyalak bagaikan tiada penghujung, ingat gua takut!? Lalu gua juga terturut menyalak "OH MY GODDDD!!!" sambil tersandar pada pintu penumpang. Denggupan jantung dari 10km/jam naik 100km/jam. Haha. Nasib baik ada pagar yang menghalang nate tu dari nyah muka gua.

Selepas puas mengelak mengenai peristiwa tersebut, kami di jemput makan malam. Kemudian, Zhafir, Rasyid, Amir, Kak Nina, Jasmin serta saya keluar untuk mengisi minyak untuk perjalanan esok. Alang-alang dah keluar, baik pergi pantai teluk cempedak. Himpunan manusia pada waktu malam, serta basikal-basikal sekalian, fixie.

Selepas selesai dengan ais kream Sundae, kami pulang ke rumah. Zhafir teruja untuk mencuba sesuatu. Lalu kami bertanya Amir, "Amir boleh cuba tak?". Amir kelihatan rungsing dan pergi kedalam untuk bertanya. Akhirnya Amir melaung 'green light', "BOLEH!". Muka Zabir kelihatan ceria bagaikan disinar cahaya. Bibir sudah mencecah mata, bayangkan seketika. Hahaha. Apalagi! Ambik kunci dan vrooomm!




Sudah bersedia Zabir? Gentlemen! Start your engine! - Rasyid kelihatan kecut perut di situ, sambil memberi muka garangnya. Haha. Zabir tercari-cari di mana ignition dan bam! It's alive!




Tengok muka nate tu, bagai malam pertama bersama isteri. Hahaha. Lihat pula dia bawah ni. Muka yang disebutkan tadi, bibir sampai ke mata, hampirlah. Mintak penampor ada gok. Haha.




OLAY - 'UP'hence facial cream :)

Tidak habis di situ sahaja, mamat takkan berdiam diri melihat 'awek' ini kesunyian. Beliau harus menyentuhnya dan meng'on'kan dia. Kemon! Turn me on Zabir! Haha.







Feel the excitement- Dua orang ini boleh jadi model iklan. Bercakap mengenai model, model for sale! Finest bibir in Malaysia. Haha. Tengoklah dia memperagakan kereta bawah ni. Hot! Sexy! Fresh! Zabirlicious! Hahaha.





Zabir, OMG! "Roar baby! Roarrr! Rawrrrr!" Nak hire? Hahaha.

Roaring roaring, esok paginya yawning kita orang dalam kereta. Tidur lepas pukul 3, bangun pukul 6 untuk bersiap sedia, gosok baju serta gosok gigi. Bertolak dari dah hampir pukul 7.30 pagi. Cadang bertolak pukul 6.30, biasalah. Kami tiba di maktab pada 9.50 pagi, terus pergi blok Aisyah untuk salin baju kemeja bertali leher. KEMAS! Lihatlah gambar kami bersama rakan-rakan lain yang turut hadir.




Cikgu Tajun, cikgu yang begitu peramah dan manis perwatakannya terhadap anak-anak muridnya. Bagaikan seorang ibu kasihnya terhadap anak murid, semua cikgu begitu. Hehe. Terima kasih cikgu!

Wai Bee begitu gembira pada hari tu. Mungkin sebab jumpa Habib? Atau sebab jangut dia tu? Hermmm. Mana-mana satu, seronok dapat jumpa dia semula. Dulu suka-suki naik angin dia, sampai kena penampor haa! Suka-suka! Betul tak bapak orang? Haha.





Look down! Weighing 468 pound! Came from International Hill, the undefeated Arip Syatibeeee! Haha. Ketibaan Arip amat dinantikan oleh set-set ni. Terutama set-set katang, Epul, Hamimi, Fakhrul, Amri, Adib dan Hafiz Firdaus. Set-set JD banyak ni. Reunion. Haha.




Budak P.Alam, UIA, UM dan KMB ramai yang turun. Antaranya Wan! Najah! Fina! UAE! dan Mimi! Hehe. Tengok muka dorang. Happy dapat berkumpul dan gosip mulalah ni. Hehe. Kita orang duduk belakang dewan bukan dengar sangat apa yang berlaku di pentas. Ambil gambar sokmo kat belakang-belakang ni. Majlis tersendiri. Hehe. Wan Najah!



Fina seorag je senyum habis lebar. Kemonlah UAE! Mimi! Smile for the camera!

Cikgu Mariana hadir dengan anak-anak dia. Adib dan... dan... siapa yang satu lagi? Hehe. Tapi yang penting dua-dua bulat. Hehe. Sampai kita kita ni kena jadi babysitter sementara.





Adib kasi chance dekat adik-adik dia. Diri sama tinggi. Huhu. Oh ye, yang hujung kiri tu anak Cikgu Ruby :) Panjang umur! Gambar seterusnya terdapat gambar Cikgu Ruby bersama Presiden PRS kami. Lutfi Adam! Ataupun pelajar pertukaran dari.. Hehehe. Gurau je, gurau je. OH! Tu ada gambar Rabiatul Adawiyah dan Haszenanil Husna bersama Cikgu Ruby juga! (Tukar topik)




Tiga orang ni sesuka hati je ambil gambar bersama anak 'ketua' warden kita. Berhati-hati dengan anak orang tu! Hehe. Lutfi sering kali bersama wanita dalam gambar. Namun, jangan salah faham, dia hanya taat pada yang satu. Seramm nihhh. Haha.



Semua gembira dapat melihat muka-muka yang lama tidak disantapi. Waktu-waktu sebegini memori dicipta, melalui gambar-gambar seperti ini.(Nak cerita gua ni hebat ambil gambar la ni) Hehe. Just kiding.

Bawah ini pula adalah dua orang besar maktab ni. Bekas Presiden LDP, Afif Muizzuddin, serta bekas Presiden BWP, Fakhruddin Hasan. Bakal pemimpin masa depan. Namun Fakhruddin pada hari tersebut, kelihatan agak keletihan. Agaknya penat dari menjemput kehadiran ahli-ahli MP? Hehe. Harap-harap dapat melihat mereka ini dengan kerap lagi pada masa akan datang. All the best Afif and Kudin!


Gambar Cikgu Mariana bersama anak murid kesayangannya! Lutfi! serta Azifah! Hehe. Dalam gambar ini, terkentut! Haha. Nawok je. Terkenang kelas Cikgu Mariana dahulu, di mana Lutfi dan saya akan cuba mendapat jawapan atau keterangan yang betul untuk sesuatu fenomena bagi menceriakan keadaan kelas yang berada dalam keadaan 'instant death'. Haha. Lutfi yang bersemangat! Saya yang pelik! Tidak terlupa juga, Hamimi yang rocker! Tak pasal-pasal. Hehe.



Tadi Tikah yang dukung anak Ustaz.K, sekarang Nawal dan Husna pula ingin dukung. Nawal pula syok-syok je main pas-pas. Ini mainan ke? Ishishish. Hehe. Set-set bawah ni kononnya set-set tablighlah ni. Berdakwah ke Syed Muhammad. Hehe.




Kelihatan cikgu Manaf bersama anak-anak lelaki Homeroom dia di situ. Homeroom bolok! Di dukong oleh Hilmi! Hehe. Cikgu Manaf kelihatan lebih bergaya kali ini dengan warna gelap. Dia memperagakan kot hitamnya ke Tikah. Toook Muu!

Kami di sambut baik juga oleh junior-junior, terutama calon SPM tahun ini. Hehe. Arip paling banyak mendapat perhatian. Sebab dia besar, orang lain kecik-kecik dia orang ingat umur sebaya. Haha. Iepa a.k.a Akak Famous(=banyak cakap) juga mendapat perhatian. Ex-exco budaya bersama perintis. Huhu. Dia kata takde apa-apa gosip. Okaaay.





Yang ini malu-malu pula. Tetapi inilah yang selalu mendapat perhatian saya ;')

Amri Faizin, penghulu batch kami. Tetap bergaya dengan penampilan tersendiri. Jambang! Kacak! Haha. Dia pemalu dan pendiam depan orang ramai. Orang yang kenal dia tahulah bagaimana perangai dia. Bising gok dengan Aqil Azli serta Muaz Ghazali. Hehe. Di padang serupa bab! hutan. Kena sondol, tobat!



Hafiz Firdaus, Saiful Ashraf, Adib Sohaimi, Hamimi Arif dan Muhammad Wafiq. Faces of MJSC Q-Ber. Hehe. Rindu akan dia orang. Saya rasa gambar ni paling style. Hehe




Untunglah straight A's! Dapat sijil. Dapat naik pentas, ambil gambar. Untunglah! Hahaha

Lihat gambar Wafiq bercerita dengan Adib dan Dome. Semangat. Seeembang! Posture mulut! Haha. Kemudian di beri muka tembam dia. Dia ala-ala Aflin Shauki. Bulat dan comel. Haha.


Ha! Ini baru betul! Irani bersama Lutfi. Diharapkan surat jemputan diterima dalam 4 tahun lagi. Hehe. Ramai menanti ni bro! Kesian Irani tak dapat senyum dengan senang. Dia baru sahaja memakai gigi besi. Slow-slow engkau ikut Lutfi en. Haha. Untunglah.


Irani digelakkan oleh Iqbal? Adakah kerana gigi besinya? Lutfi, apa lagi! Katok lalu! Berani demo gelok gewe Lutfi. Banyak pailang engkau, semua dusun engkau mahu masuk. Saing dok saing, kacau pecah! Haha.

Dalam gambar bawah ini, gambar kami budak kelas C, serta Syed dengan Cikgu Iliyanaa! Cikgu sejiwa dengan kita orang. Muda-muda lagi, tengoklah. Hehe. Best cikgu muda-muda, boleh buat saing, tapi berpada-pada. Fina seperti ingin menyebut perkataan F disitu! Tanggapan baik F for Fina! Hehe.


This is a lovely picture. Maaf Lutfi, terkerat kepala engkau. Hehe.



Ada sedikit perbincangan disini. Komplikasi. Mahadir hampir dapat tebuk lubang pada muka dia oleh Arip. Haha. Nawok-nawok! Waktu dia orang tengah cita mengenai pelajarUniKL yang tidak dapat memasuk MIAT bagi Aeronotik.

Selepas dua jam lebih berada di dewan yang bergemilang. Majlis Hari Anugerah juga sampai ke penghujungnya dan sudah tiba masanya untuk kami menyanyi lagu Warisan. Lihatlah muka-muka artist kita. "Anak kecil main api.."




Buka luas-luas! Aaaaaaaaa! Lalat masuk dan keluar balik pun sempat ni Rasyid. Haha. Tadi gambar kelakar, gambar bawah ni menjadi gambar kontroversi pula ni. Adakah ianya sebuah skandal? Huhu. Yang kabur itu buka saya yang ambil ye.


Sebelum kami bersurai dari Dewan Gemilang, kami bersuka-suki photoshoot di atas pentas. Beramai-ramai! Yayyy! Namun tak semua yang hadir, jadi pentas tak penuh :'( Separuh sahaja yang dapat hadir, lihatlah muka-muka mereka.




Ini gambar ahli kelas 5 Chaos. Kecuali tertamu jemputan yang berwarna hijau pisang itu dan yang tersorok belakang bebola cahaya. Hehe :'D Fakhrul, Nida dan Lutfi tidak dapat dikenal pasti pergi ke mana ketika itu.



Special thanks to Afif Muizzuddin Ahyakulumudin! Sorry kalau salah eja YB!

Selepas di dewan kami berjamu juadah tengah hari, daging korban! di foyer blok baru. Namun saya tidak berkesampaian untuk merasa daging korban tersebut kerana sibuk pergi ke jabatan dan terus berangkat pulang untuk hantar mama ke Kuala Terengganu. Biarpun keadaan dalam gesa-gesa, namun untuk seketika aku dapat menatap wajahnya dan berbisik bersamanya ;') Alhamdulillah.

Petang tersebut aku pulang ke Kuala Berang setelah hantar mama ke rumah Tok Ki. Semuanya sudah siap, hanya kepulangan ke maktab membuat diri tidak tertahan. Tetapi sejurus sahaja sampai semula di kawasan maktab, berita buruk pula. Set-set ni tidak akan tidur di maktab. Mereka sudah menempah tiket untuk balik malam tersebut juga. Gua sudah hampe, ingat dapat bersemalaman di situ, tidur di atas katil maktab yang ku rindui. Huhu.

Hidupkan enjin semula, masukkan bag dan hantar Rasyid, Syed dan Iqbal ke masjid Kuala Berang di mana mereka akan menaik bas Tasik Kenyir. Pulang semula ke maktab untuk menjemput Madir, Zabir dan Faris. Sebelum bertolak gua jalankan misi terakhir. Selamat tinggal ;'(

Tiba di Kuala Terengganu, kami hantar Faris ke station bas. Kemudian, perut sudah berbunyi kami bercadang untuk makan di luar. Pertama sekali pergi ke Giant, makan Kue Teow sana. Pastu berangkat ke Pantai Batu Buruk. Di situ kami tunggu untuk Wafiq, Hamimi, Amri dan Adib untuk sampai. Sebelum mereka sampai, kami bertiga, Madir dan Zabir melayan perasaan di tepi pantai. Haihh. Kecewa tidak dapat memekak di maktab. Kecewa tidak dapat bersantai di kaki lima blok blok akedemik. Kecewa tidak dapat tidur di maktab beramai-ramai. Huhh. Madir mengekspresi melalui seni beliau.



Itu dia! Mereka sudah sampai.


Askar Jepung!

Artist muda baru. Model tepi pantai!

Apakah lagu yang sedang bermain dalam fikiran dia ni. Huhu

Style la pulak gambar mamat-mamat ni. Terutama Amri dengan Zabir. Layan perasaan mendalam tu. Huhu.




Kekecewaan menyelubungi malam yang gelap. Angin yang kuat membuat hati ini bertambah sejuk dan sunyi. Cewah! Haha. Wafiq un tiba-tiba muncul dengan selipar jamban dia.


Apa yang di bual pun gua sudah lupa. Dah berkarat otak nak ingat peristiwa ini. Cuma kenangan-kenangan manis sahaja yang di kenang. Hehe.




Selepas semua orang habis layan perasaan. Perut pun kembali berbunyi bagaikan Boom box! Huhu. Lalu, kami berangkat ke Tropix untuk mohreh. Kereta sekecil Savvy disumbat tujuh orang. Campur Amri dengan Mimi rasa bagaikan muatan lebih. Nasib baiklah tak jauh mana.



Malam tu memey banyok argh layang perasaang tu. Namun benda dah berlalu tidak boleh kembali. Hargai masa anda sepenuhnya, serta beri akan keutamaan dalam setiap perkara anda akan lakukan. Thats all folks! Maaf jikalau ada enteri kali ini tidak semenarik sebelum ini. Keunikan tersebut bagaikan menghilang dari jari-jari ini. Haih. Tidak lupa juga, mohon berjuta-juta ampun jikalau ada yang terguris hati serta kelewatan enteri. Hehe. Terima kasih kerana membaca. Selamat malam! Bibir and Bruno out!

Selamat Hari Jadi Bibir!