Sudah sepuluh tahun berlalu, dan dalam masa yang singkat itu telah banyak perubahan yang berlaku pada diriku. Orang datang dan pergi, namun engkau telah pergi buat selama-lamanya. Aku sedar akan perubahan sekelilingku, namun aku tak dapat atasinya sendiri. Jikalau engkau berada disini, mungkin, mungkin ianya tak sesukar ini.
Aku tidak mengenali dirimu seperti orang lain dan ada sebahagian dari mereka berkata kepadaku, aku seiris wajahmu. Kadangkala, kata-kata mereka bermain di mindaku ketika melihat diriku terpapar di cermin dan meningatimu.
Setiapkali ku menjejak kaki ke tanah itu, aku memperingati peristiwa yang berlaku pada hari ini, sepuluh tahun yang lalu. Malam yang sungguh gelap buat hati kecilku, melihat jasadmu yang dibalut dengan kain putih diiring ke lubang yang tiada kepulangan itu. Tangisan takkan mengambilkanmu. Namun tangisan itu membuat aku kuat dan sedar bahawa tiada apa yang harus ditangisi selepas ini, kecuali berhadapan dengan Ilahi terutamanya dalam keadaan aku ini. Aku juga tahu, ini adalah cubaan dariNya dan terdapat ramai lagi diluar sana yang mungkin mengenali perasaanku ini. Al-Fatihah buat mereka yang tersayang.
Asalamualaikum..

Allah lebih mencintaimu, 27/9/2001