Monday, January 9, 2012

Masih hidup

Assalammualaikum semua!

Ho ha! Ho ha! Saya masih hidup! :) Sahaja nak update blog. Sudah sekian lama makhluk ni tak mengpost enteri baru.

Alhamdulillah saya sihat semua (siapa tanya?). Hehe. Namun, hidup di dunia ini seperti biasa bukan hakiki, ada masa kita rasa bagaikan berada di atas awan-awangan yang indah, dan adakala kita rasa bagaikan lupuh di atas 'pantas pasir'. Namun haruslah kita ingat, selepas hujan pasti ada sinaran matahari. Ataupun boleh juga hujan berterusan selama 40 hari. Allahhuakbar. Lagnat Allah, nauzubillah. Meskipun begitu, haruslah kita bersabar menghadapinya. InsyaAllah, pasti ada ganjaran kepada mereka yang berbuat baik dan bersabar. Tawakkal kepada Allah.

Saya bukan menasihat kalian yang membaca sahaja, tetapi saya turut menasihati diri yang lemah ini. InsyaAllah, kita sentiasa menyebut nama Allah, sebagaimana kita menyebut nama kekasih kita. InsyaAllah. Assalammualaikum.



Never Seen Anyone like you

1 comment: