Tuesday, March 22, 2011

Debaran menjelang keputusan




Assalammualaikum dan salam sejahtera


Tahun lepas baru sahaja selesai mengambil peperiksaan 'terbesar' dalam sejarah hidup seseorang remaja yang menetap di Malaysia. Pejam celik, pejam celik, esok keputusan SPM 2010 sudah nak keluar. Semua sekolah di Malaysia sekali gus, OMK-Oh Mak Kau! Bagi mereka yang berasrama, ini merupakan detik mendebarkan dan pertemuan semula bersama rakan-rakan lama dan guru-guru. Apakah persiapan anda ketika menjelang detik detik mendebarkan ini?


Bagi pendapat saya, pada masa ini kita hanya dapat bertawakal kepada Allah sahaja- bagi yang Islam- begitu juga yang beragama lain, berdoa kepada tuhan mereka(konsep 1Malaysia, apa salahnya? :) Usaha telah dilakukan sebelum dan ketika menjalani peperiksaan, sekarang hanya menunggu keputusan dengan hati yang berdebar-debar. Namun, ingat bertawakal kepada sang pencipta.


Memang benar semua orang yang normal inginkan kejayaan dalam peperiksaan mereka, biarpun sasaran mereka untuk mencapai kejayaan adalah rendah, namun itu adalah mengikut kemampuan masing-masing. Hanya segelintir 15% yang 'istimewa' tidak ingin mencapai kejayaan tersebut.


Bagaimanapun, jikalau keputusan yang keluar tidak memberangsangkan atau bukan pada tahap yang anda ingini, janganlah sesekali berputus asa dalam hidup. Hidup ini bukannya berlandaskan sehelai kertas yang mempunyai gred pencapaian tertulis padanya. Hidup berlandaskan perkara yang kita lakukan dalam jangka hayat kita. Oleh itu, bagi mereka yang 'tertumpas' dalam pertarungan ini, bangkit semula wahai saudara dan saudariku. Teruskan perjuangan hidup dan ingatlah tujuan hidup yang sebenar-benarnya.


Akhir sekali sebelum saya akhiri post saya, saya mencadangkan rakan-rakan(yang beragama Islam) sekalian segera melakukan ibadah solat, serta solat-solat sunat seperti solat Hajat, solat Tahajud dan doa kepada Maha Esa bagi mempermudahkan urusuan ketika mengambil keputusan dan dimurahkan rezeki. Hadapi ianya dengan hati yang terbuka dan redha dengan tentuannya. Ingatlah, sesuatu perkara berlaku ada sebabnya, qadak dan qadar. Sekian, terima kasih.


Gambar-gambar yang tertera diatas hanyalah hiasan semata-mata.









No comments:

Post a Comment