Monday, March 28, 2011

Nike: Percuma Lari+






Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Kembali lagi kita bersama mengupas gosip terkini dalam media masa iaitu, Opec mencari kasut jogging!


Kedengaran tidak jauh dari bilik Opec, suara tangisan seorang ahli sukan yang meraum kerana tidak dapat menemui kasut yang di idamkan oleh dirinya. Kasut tersebut adalah kasut Nike Percuma Lari+. Beliau telah mencari merata-rata tempat, Kajang, Bangi dan KT. Nasibnya bertuah untuk di pertemukan dengan kasut sespesis dengan Nike Percuma Lari+, namun warnanya tidak memikat mata Opec. Lalu Opec sambung pengembaraannya mencari harta karun tersebut.


Opec mengambil keputusan untuk melayari laman web yang menjual kasut tersebut secara online. Tuah! Jebat! Laksamana! dan lain lain lagi bagi Opec, terjumpa laman web lelong yang menawar kasut itu pada harga yang berbaloi! Namun malang juga, saiz yang ditawarkan adalah untuk gergasi berukuran 7 kaki tinggi.


Kehampaan mula meragut nyawa Opec, lalu dia menulis sebuah post di blognya untuk menjadi wasiat terakhirnya. Barang siapa yang menjumpai kasut Nike Percuma Lari+, sila hubungi saya secepat mungkin. Telefon cellular saya adalah 013-zZzZzzZ atau boleh menghantar email ke saya melalui alamat email yang tertera di blogspot dan di mana-mana sahaja anda jumpa. Warna kegemaran, fikir sendiri.


Harap saudara/saudari dapat balas dengan secepat mungkin. Sekian terima kasih.




Nike: Buat je la!

1 comment:

  1. aku cari kasut pun susah, tau selalu takde saiz, padahal saiz tujuh je, bukan 11, 12 .

    ReplyDelete