Thursday, March 17, 2011

Muqaddimah

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Setiap perkara yang baru harus bermula dengan muqaddimah yang bagus dan mantap. Namun begitu, saya agak kurang dalam perkara sebegini, jikalau anda faham. Bahasa Melayu saya, jarang bin sekali dapat keputusan yang cemerlang- engkau ni warganegara mana? Bangladesh?- Persoalan itu akan terjawab dalam post yang akan dikemukakan nanti. Oleh sebab itulah saya telah mencetus blog saya sendiri(semula!) bagi memantapkan karangan, bahasa dan pelbagai aspek lagi mengenai diri saya.

Saya telah bertemu ramah dengan salah seorang rakan perjuangan saya yang gemar berblog dan inilah pendapat beliau mengenai blogging,

A- Saya, B- Rakan seperjuangan

Dialoguenya berbunyi seperti ini,

A: Assalammualaikum, B.

B: Walaikummusalam, A!

A: B, kenapa engkau gemarkan blogging ini?

B: Eh! Kenapa tanya soalan sebegini? Jangkallah rasanya *blushing*

A: I nak tau sebab sebenar you suka blogging. Adakah itu terlampau susah bagi you?

B: Tidak! I tak kisah untuk share dengan you. Because sharing is caring! Kan? Kan?

Okay. Tu bukan perkara yang sebenar berlaku, sebenarnye saya terlupa. Namun inilah kata-kata rakan saya yang masih segar dalam ingatan saya,

B: Sebab aku suka blogging adalah kerana ianya membuat aku sedar akan perkara yang berlaku di sekeliling aku. LebuhrayaPlus, blogging membuat aku ingat event yang terjadi pada aku. Memberi aku ketenangan dengan meluahkan perasaan aku dalam blog.

Setelah memikirkan mengenai kata-kata beliau. Saya bersetuju dengan pendapatnya. Tambahan itu juga, tujuan saya blogging adalah untuk memantapkan Bahasa Melayu saya(meskipun ada sedikit bahasa rojak) dan mendisiplinkan diri saya dalam melakukan sesuatu yang berfaedah. Benar! Blogging ada faedahnya. Kebaikan sesuatu perkara terletak kepada penggunanya.

Sekian daripada saya. Harap kalian semua terhibur dengan muqaddimah saya menggenai latar belakang blogging saya dan sila terus membaca. Sekian terima kasih. Salam!






No comments:

Post a Comment