Monday, March 28, 2011

Baby Beel!

Kebetulan hari ini, selepas bosan melayari laman web scholars, saya ambik keputusan untuk membaca manga Naruto! Malang sekali, episode baru belum lagi keluar. Oleh itu, kebosanan memuncak semula! Lalu, mata ku mencari manga lain untuk membaca dan kebetulan top manga list adalah manga Beelzebub.


Monologue dalaman bermula,


Saya: Uish! Manga ni mesti best! Top ranking pulak tu. Mesti ramai baca sebab best. Kena baca ni!


Demikian tangan ku mengatal mengklik manga Beelzebub! Setelah membaca beberapa halaman, hatiku terpikat dengan keunikan komik ini. Layan! Watak-watak dia menghiburkan hati, perangai pun macam setan. Memang sesuai dengan tema dia. Okaylah, yang lain korang baca sendiri, taknak jadi spoiler.




Ini adalah video episode pertama. Harap korang terhibur.


Pengetahuan!
Anime terdapat sedikit kelainan dengan manga.

1 comment: