Sunday, April 3, 2011

Kenangan; Babi beratur di sekolah

Assalammualaikum! dan salam sejahtera!
Alhamdulillah, setelah beberapa hari atau tidak mengupdate blog akhirnya Opek update juga. Bagi kipas mati blog saya, terima kasih kerana sudi membaca. Engkau orang memang setia, sob sob sob. Bagi yang tiada minat untuk membaca saya berterima kasih sahajalah jikalau anda sempat baca sampai sini.


Post kali ni mengenai kenangan aku. Aku saja ingin menulis post mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lama berlaku dalam hidupku ketika berada di Kuala Berang. Mengabdikan kenangan manis dan pahit di dalam blog ini. Di sana, saya telah mendapat banyak pengalaman baru, kawan-kawan baru yang luar-luar biasa hebatnya, guru-guru yang mantop-mantop mendidiknya, dan juga bidadari yang tidak pernah ku sangka akan aku jumpa di Hulu Terengganu. Hehe


Suatu hari, setelah tertekan dengan tugasan yang belambak. Pelajar 5 C ataupun lebih dikenali 5 Chaos! bercadang melakukan 'babi beratur'. Oleh itu, kami rujuk kepada cikgu/warden yang sporting dengan kelas kita orang, Cikgu Illyana. Cikgu turut bersetuju untuk mengadakan barbeque di rumahnya, lalu kita orang tetapkan tarikh, masa dan mula kumpul duit. Secara ringkasnya, itu adalah proses bagaimana melakukan 'babi beratur' di mana-mana tempat anda berada.


Hari menjelang, barang-barang sudah beli, cuma arang sahaja belum dinyalakan. Lalu kami memang pakar dari kelas kami, dia merupakan salah seorang ahli pengakap gurun yang telah berkhidmat di Mesir selama 3 bulan suku (itu pasal tainted sikit kulit dia, hehe) Lutfi!



Lihatlah dia membakar arang itu! Sungguh menakjubkan, tiada siapa ingin duduk dekat api sepanas 450 celsius itu kecuali dia.



Ini pembantu kanan dia, Domey a.k.a Manusia minyak



Setelah pakar menyedia arang yang membara-membara! Ahli kelas kami yang lain turut membantu menyediakan makan untuk malam itu. Antaranya, Neknek Hidayah, Siti Aminah, Syafiq Endut, Hamimi Ariff, Amiri Faizin dan ramai lagi.


Angaran jam ketika itu, hampir pukul 9.00 p.m. dan makan sudah sedia untuk di jamu. Lalu kami semua masuk ke dalam rumah cikgu dan menjamu selera!



Seperti biasa, setiap permulaan ada pengakhiran. Setelah selesai makan, kami kemas-kemas rumah cikgu dan balik ke asrama masing-masing. Malam itu bukan seperti malam-malam yang lain, jalan koridor sekitar maktab telah ditutup lampunya dan tiada kedengaran kipas dari blok form 3. Pelajar-pelajar form lain sudah balik, hati ku sunyi. Katil ku basah keesokan paginya.

Sekian terima kasih.

4 comments: