Monday, April 11, 2011

Kenangan; Di padang lapang Kuala Berang

Muaz: Main bola! Fetch!




Bola Sepak!

Assalammualaikum dan salam sejahtera!
Ye! Itulah perkara yang sering kali muncul di kepala otak lelaki apabila menyebut, 'bola'. BOLA SEPAK! Bukan sebarangan bola, bukan bola baling, bukan bola keranjang atau bola yang anda sedang fikirkan sekarang (Fikir apa tu!? Fikir apa tu!?). Saya tidak iktiraf pembaca yang otaknya tercemar dengan perkara-perkara negatif. Namun, saya boleh pertimbangkan anda, kerana anda kipas-mati blog saya. Jangan risau. Sila teruskan membaca. Muahaha!

Gambar-gambar yang terpapar di dalam post ini adalah gambar pada pagi hujung minggu sebelum kami duduki SPM. Kami, jantan-jantan Q-Ber melepaskan tekanan kami di padang dengan bermain bola sepak! Weee! Exco Sukan turut hadir ke padang dan bermesra bersama rakyat. Terharu saya! Arip Syatibee! Tengoklah kehebatan beliau mengelecek bola! Pffftt!




Woops! Nampaknya saya cakap terlalu awal. Musuh ketat Exco Sukan, Iqram sudah muncul! Arip Syatibee kelihatan debor-debor berhadapan dengan beliau sehingga hilang kawalan terhadap bola. Boo!(Arip, jangan bunuh aku) Haha.


Batch kami terdapat ramai lagi pemain-pemain all-star yang terkemuka. Antaranya adalah Hamimi Ariff. Lihatlah beliau mengambil sepakan percuma dari sisi padang. Postor badan diiringi tangan yang menandakan bersedia untuk menyepak. Berlepas!





Syed dapat bola! GOCOH!


Kebetulan pada pagi itu, kami terjumpa bakat baru yang tidak pernah menonjol. Penjaga gol yang setanding dengan Van Der Sa. Mengalahkan Zabir dan ramai lagi. Muaz! Biarpun di asak berkali-kali oleh Adib a.k.a Kepak Terbang, Muaz tetap gah berdiri.





Macam Shao Lin Soccer pula tengok Muaz dalam gambar ni :O


Disini ada gambar yang menarik. Kelihatan Lutfi dan Faris sedang berasak untuk mendapatkan bola masing-masing (masing-masing?) di dalam padang. Nampaknya Lutfi dapat bolanya semula! Namun,..




Faris mencilok bola dari Lutfi pula? Agaknya Lutfi terlupa tekan pedal break dan terbabas, lalu Faris segera merampas bola Lutfi. Uish! Uish! Ganas betul permainan bola ini.


Itu sahaja kenangan kami bersama di padang lapang Kuala Berang. Selepas kami main itu, baju kami dibasahi oleh air mata dari awan-awan di angkasa. Lalu kami beredar. Sebenarnya, terdapat banyak lagi kenangan di padang lapang Kuala Berang ini, namun gambar itu bukan milik saya, kerana saya asyik pinjam kamera orang sahaja. Haha. Di bawah terdapat gambar penghulu kami yang sedang bermain bersama hailer. Semoga anda terhibur. Sekian, terima kasih.




Amri a.k.a Rampaging Forest Pig

4 comments:

  1. rampaging pig... siot je ko.. aku gelak sorang2 da ni opek... nice post.. miss the moment...

    ReplyDelete
  2. haha.. kalau sebut menatang tu mecarut lak..
    hehehe.. thanks bro..

    ReplyDelete
  3. hadoi la, boleh kd wartawan dah lpas nih .

    ReplyDelete