Friday, April 8, 2011

Kenangan; Sebelum Raya Hajj tiba.

Assalammualaikum dan salam sejahtera!
Apa khabar semua? Semoga anda semua sihat sentiasa, amin. Post kali ini adalah tentang kenangan aku sehari sebelum pulang bercuti Raya Hajj di maktab. Mungkin post ini bukan umum dan membosankan. Sila cari 'close tab' sekitar atas page ini untuk mengelakkan diri anda daripada kebosanan.

Sebenarnya pada hari itu, aku mahu mengambil gambar "lokasi-lokasi" terindah buat daku. Macam panas je en 'lokasi' tu. Huhu. Kebetulan, terdapat juga rakan-rakan aku yang sedang berlega-lega di kawasan tersebut, lalu aku mengambil gambar mereka sekali. Gambar-gambar yang anda dapat lihat adalah mereka-meraka yang dikenang dalam folder pictures aku buat selama-lamanya ;'( (sebenarnya nak delete, melabak je gambar dia orang ni. Buat penuh Hard Drive eden) Haha, gurau je :'D

Inilah adalah gambar ketika waktu riadah sehari sebelum pulang;



Nampak macam lawa bukan kawasan ni? (Gambar boleh menipu)

Seterusnya ke Dewan Gemilang! Di mana pihak maktab menyumbat 133 pelajar ke dalam dewan yang serba indah ini.



Weee! Tak sabor nak exam. Debor-debor! Naleyyy! :'O

Kawan-kawan yang sedang bermain badminton di bahagian belakang dewan. Fakhrul, Amiri, Wafiq, Paan, Fitri dan ada lagi yang tersorok, Maday dan Dome.




Memang menawok!

Di gelanggang Takrow pula. Epul, Zabir, Zami, Iqbal, Wajdi, Hamimi, Apih dan Adib. Takrow!



Zami seperti penari ballerina. Huhu




Begini rupanya muka Epul ketika beraksi. Tiada kata yang boleh menghuraikannya!



Dari ballerina ke B-boy? Selepas ini? Tap dance?



Gaya nak kalahkan pemain kebangsaan Thailand. Haha. (Gelakkan orang je, main sikit) :'D

Gelagat dia orang ketika main takrow, begitu 'pro' sekali. Sila klik untuk melihat image pada resolusi lebih besar.



Gocoh lalu!



Adib: Lipatan Kepak Ayam Golek!
Apih: Uishh! Syok tengok engkau main Adib. Kasi aku pulak!


Giliran Apih;


Apih: Berbola Kaki Naga!
Adib: Wa!? *tak sempat mengucap*

Sekali lagi;


Apih: Terima ni Epul! Rembatan Kaki Jack!
Semua pandang atas.

Keesokannya, kita orang di sarankan memakai baju outing maktab supaya mudah berangkat ketika jam menunjukkan waktu 2.00 p.m. Berambus! Namun, seperti biasa, ada juga segelintir yang nakal-nakal memakai jubah pada hari ini. Kononnya nak dengar hutbah Raya Hajj sangatlahkan. Hehe. Sebahagian yang tidak memakai itu adalah atas sebab-sebab lain, seperti tidak membasuh baju.





Inilah D.O.M.E! Tak sabar nak balik Kelantan untuk beri khutbah Raya Hajj.
Dia merupakan anak beranak Mahatma Gandhi yang beragama Islam. Itu pasal ada seiras, bukan? :'D





Enemy and friends a like, sesuai! Lihat wajahnya berubah, begitu pantas!


Kelas terakhir pada tahun lepas adalah dari Ustaz...(Apa nama Ustaz?) OK! Fine! Aku terlupa, aku selalu panggil Ustaz je.





Hamimi sedih nak tinggalkan kelas yang dimasuki oleh Ustaz.... (Tak ingat nama)




Adik-beradik homeroom Epul and Amni.

Semenjak atau sebelum peperiksaan percubaan MARA. Semua kelas form 5 di bahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Dimana kumpulan kecil ini membuat 'round table' (lebih macam 'cuboid table') dan membuat kerja rumah secara kumpulan. Ini adalah kumpulan..(aku lupa nama ni jugak).. Seterusnya, aku! Aku ada kumpulan juga. Nama kumpulan aku COMEL! (Yeke tu?) Lupa jugak nama kumpulan. Hahaha.



Dari kiri; Nek, Pikah, Mimi, Fina, Syafiq dan Apiz



Kumpulan COMEL!
*Gambar pertama* Dari kiri; Fakhrul, Midah, Ayong, Adila dan SAYA!

Akhir sekali, gambar ahli kelas beramai-ramai(bukan semua)



Nampak macam perkerja MyDin kat Kuala Terengganu berkumpul.
Kami perkerja MyDin!

Itu sahajalah kenangan saya sehari sebelum pulang Raya Hajj di MRSM Q-Ber. Kenangan indah bagi kami warga Q-Ber 09/10. Saya pasti anda di luar sana juga ada kenangan manis-manis seperti ini, mungkin lebih manis dari saya punya. Bagaikan madu curah ke gandum dan jadilah Honey Stars! Uish, memang sedap! Haha. Sekian, terima kasih.



Pictures might get burn, delete or virus. But memories last forever.. :)

6 comments:

  1. lawak la ko ni opeq . really miss the moment . =)

    ReplyDelete
  2. Hehe..
    Terima kasih..
    rindu jugak, tu pasal post 'kenangan' haha..

    ReplyDelete
  3. opek...name group ktorg kami skandal...
    group ko group bebeh...hahahaha
    adeh....kcg lupekn kulit lah kao nh..haha
    btw...nice entry..(:

    ReplyDelete